Hot Summer

ϟ Tips untuk menggembirakan hati :'>
Thursday, November 24, 2011 ϟ 3:13 AM ϟ

Hello Readers :]

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, Dan kesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi, kesabaran korg. Tapi aku boleh kongsi cara yang aku gunakan, Sblm aku kongsi, dah ramai org guna sbnrnya. Ni saje aku nak kongsi. Mane tahu ade yg tak tahu lagi :> Ade 7 cara masalah ni. Okay, jum tengok! xD

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 
- Sebenarnya senang nak buat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Ngaku saja yg korg selalu rasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, lupa scpt yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk melupakan semuanya kenangan pahit korg. Jgn pernah korg ingat lagi lagi walau sikit pun. Memang benda ni ambil masa yg lama tp korg mesti boleh punya :)

 2. Buang Sikap Risau.
- Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa korg mintak. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan korg dari segi fizikal dan mental. Risau membuat korg selalu menjadi sedih dan kecewa, kdg-2 takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri korg mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
- Ucap syukur atas kesemua yang korg ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Korg boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, Korg ada kawan rapat yang memahami korg dan korg mempunya handphone kesayangan korg. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri korg. Buat banyak kali dalam sehari.
 
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
- Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Lpstu, boleh menghilangkan sikap negatif dlm diri korg scre perlahan. Korg selalu rasa sedih dan kecewa sbb korg tak memaafkan kesalahan diri korg di masa lalu or korg tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri korg satu ketika dulu, ataupun… korg susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri korg, yang membuat korg sedih, kecewa dan geram tahap dewa. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri korg.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
- Ketawa bukan dibuat-buat, Tapi biar ketawa yang benar-2 menggembirakan korg dan menjadikan korg girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri korg dengan rakan-2 yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, Agar korg boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…
 
6. Ubah Fikiran
- Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-2 tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada korg, cari cara bagaimana korg boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-2 saje, sbb ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki korg murah dan segala yang baik-2 dtg sendiri pada korg. Korg menjadi apa yang korg selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan korg boleh tarik semua yang baik-2? Fikir yang buruk, korg dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’.

- Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-2 lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan korg di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang korg buat dkt orang lain, mungkin ada walau korg tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-2 pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sblm masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Lpas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk korg. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
Okay la, ni jea tipas yg nak dikongsikan. Harap korg yg sakit hati, kecewa sedih adn everything la, cuba guna cara ni. Mana tahu korg boleh hilangkan semua rasa tu. belum cuba belum tahu kan :>

Boi DearBLOGGER. Assalamualaikum 

« Past | New »
Navigates

▸ Majesty ◂ ▸ Post ◂ ▸ Tagboard ◂ ▸ Follow ◂
Credits

Skin By : Hafiz Zulkafly
Device : Adobe Photoshop CS5
Others : ImgUr , Color , Sonia
Best View : Using Google Chrome